June 21, 2017

Resepi Ayam Masak Merah Madu 'Azizan' Menggunakan Serbuk Cili Mak Siti

Mesti korang pelik tiba-tiba ada nama orang pula lepas ayam masak merah tu (siapa tu Lili, boyfriend ke?). Jeng jeng jeng, idok lah! Kalau korang nak tahu setiap kali nak masak aku akan rujuk kepada ayah aku dulu, sebab tu dinamakan sebagai Resepi Ayam Masak Merah Madu 'Azizan'. Jom, apa lagi tekan CLICK MORE kalau nak tahu rahsia masakan ayah aku ni.


Resepi Ayam Masak Merah 'Azizan' Menggunakan Serbuk Cili Mak Siti
Kalau nak diikutkan aku memang jenis hentam makan semua benda, tapi tak ramai yang tahu yang ayam masak merah merupakan salah satu lauk kegemaran aku. Banyak dah resipi aku cuba masak seperti resepi ayam masak sambal, resepi ayam masak merah tanpa santan dan resepi ayam masak merah kenduri kahwin (eyh?) ....

TETAPI masakan ayah aku tetap di hati!

Selalunya kalau dia masak aku akan tengok je, adalah juga tolong jadi tukang rasa. Nak dijadikan cerita, kiranya aku tahu cara ayah aku masak macam mana. Dia akan pastikan semua bahan-bahan ada baru dia mulakan misi 'memastikan perut anaknya sentiasa kenyang'. 

Tanpa berlengah-lengah, aku mulakan dengan menaip bahan-bahan (untuk perapan dan rencah) dan cara masak ayam masak merah ni.

RESEPI AYAM MASAK MERAH 'AZIZAN'
Resepi ini untuk hidangan 6-8 orang

BAHAN-BAHAN UNTUK PERAPAN AYAM
1. Seekor Ayam (Potong 16 kerat atau ikut kesesuaian anda)
2. Halia 
3. Bawang Putih (4-5 ulas)
4. Serai (3 batang)
5. Garam & Ajinomoto (Pilihan: Sama ada nak letak dalam perapan atau rencah sahaja)

CARA PERAPAN AYAM
1. Selepas potong ayam, bersihkan dan pastikan ayam betul-betul kering.
2. Tumbuk halia dan ambik airnya sahaja.
3. Tumbuk bawang putih dan serai (3 batang tu pastikan dipotong pendek).
4. Season-kan ayam dengan air halia, bawang putih dan serai tadi.
5. Letak garam dan ajinomoto secukup rasa, dan gaulkan sehingga sebati.
6. Masukkan ayam dan perap dalam 1 jam (jangan simpan dalam peti sejuk).

BAHAN-BAHAN UNTUK RENCAH
1. Serbuk Cili Mak Siti (1-2 sudu dan bancuh dengan air). Kalau nak pedas, boleh letak lebih.
2. Cili padi (3-4 Ulas) & Cili Merah / Hijau untuk hiasan
3. Serai (3-4 batang)
4. Bawang Putih dan Bawang Merah (4-5 ulas)
5. Bawang Besar (Sebiji)
6. Lengkuas dan Halia (Potong Bulat)
7. Minyak Zaitun, Kicap Pekat, Sos Tomato, Sos Cili dan Sos Ikan (Pilihan: boleh pakai tomato)
8. Kurma / Prune untuk bagi rasa masam 
9. Madu
10. Belacan
11. Daun limau purut (10 helai atau mengikut rasa)

CARA MASA AYAM MASAK MERAH 
1. Dengan api yang sederhana dan minyak goreng yang panas, goreng ayam sampai setengah masak sahaja.
2. Dah habis goreng, letak ayam ketepi, jom mula masak rencahnya pula!
3. Pastikan api besar dan minyak dah panas, masukkan lengkuas, serai dan halia. Tumis sehingga kuning, terutama sekali lengkuas dengan serai.
4. Tukar kepada api kecil dan masukkan bawang putih serta bawang merah.
5. Kemudian, cili merah / hijau (potong kasar sebab untuk hiasan sahaja)
6. Masukkan daun limau purut, 5 sudu besar cili sos dan tomato sos.
7. Letak 1 sudu besar sos ikan, serta 1 sudu besar kicap pekat.
8. Ha, dah habis tu, masukkan pula Serbuk Cili Mak Siti dengan cili padi tu.
9. Jangan lupa kacau, dan masukkan sedikit belacan secukup rasa.
10. Kuah dah mendidih? Masukkan ayam dan gaul.
11. Lepas tu ayah cakap letak minyak zaitun supaya senang kuah tu meresap masuk dalam daging.
12. Jangan lupa masukkan 3 sudu besar madu.
13. Rasa dulu tau, kalau rasa macam kurang je tambah garam dan ajinomoto. Kalau rasa dah cun, boleh terus hidang!

Hidangan untuk gembirakan perut anda. Keh keh keh
Mak aih panjang nya Lili! Aah weyh aku sendiri pun terkejut beruk sebab ingatkan resepi ayam masak merah simple je. Tapi aku sedar yang resepi ayah aku ni dia buat sendiri ni sebab dia pernah belajar masak waktu muda-muda dulu. 

Bagi aku, sangat berbaloi untuk tunggu ayam masak merah 'Azizan' ni sebab lengkap dengan pelbagai rasa (masam, manis dan pedas dalam satu hidangan!). 

Okay, ayam masak merah dah, lepas ni teringin nak makan Mutton Curry la pula! Nasib baik terserempak dengan resepi oleh rakan blogger saya, Kellaw. Kalau macam ni sanggup masuk ke dapur semata-mata nak minta ayah masakkan, lagi-lagi bila ada produk rempah ratus Mak Siti, terlebih rajin nak masuk dapur.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Pengurus besar, Siti Khawa Jannah Nasuha dan Mak Siti sendiri!

Tadi nama lain disebut-sebut, sekarang terseru pula nama Mak Siti, al-maklumlah kata orang 'Ingat Mak, Ingat Mak Siti' kan. Baru-baru ni aku sempat pergi dekat Restoran Rempah Kari Mak Siti yang terletak di Bandar Tun Razak untuk majlis berbuka puasa dan .....

PELANCARAN PRODUK BARU! 

Sudah 42 tahun (sejak tahun 1975) Mak Siti berkecimpung dalam industri rempah ratus ni, produk mereka langsung tidak mengandungi pewarna, perasa tiruan dan sesuai untuk vegeterians! Bukan itu sahaja, range produk pula makin lama makin banyak.

Antara produk utama yang Mak Siti keluarkan adalah Serbuk rempah Kari Daging, Serbuk rempah Kari Ikan, Serbuk rempah Sup, Serbuk rempah Sup Soto dan sebagainya. Rempah ratus yang disebutkan tadi juga mudah didapati di kedai-kedai runcit, pasaraya dan Hypermarket seperti TESCO, Giant, Aeon Big, JUSCO dan Mydin.

Pelbagai jenis Rempah Ratus Mak Siti yang boleh anda miliki.
Mesti korang tertunggu-tunggu apa agaknya produk baru Mak Siti ni? Tapi jap tunggu dulu sebab aku nak bagitahu awal-awal yang produk ni akan dilancarkan pada tahun hadapan ye, dan sesiapa yang pergi Expo MIHAS 2017 mesti tahu produk baru apa yang Mak Siti nak perkenalkan ni.

Produk Rempah Dalam Botol Mak Siti bakal dikeluarkan pada tahun hadapan.
TA-DA! Produk rempah dalam botol akan datang tahun 2018. Excited dia lain macam sebab aku berpeluang jadi antara orang terawal pegang, tengok dan tahu fasal produk baru ni.

Bagi aku, produk dalam botol ni sangat memudahkan sebab tak payah nak pindahkan rempah ratus tu dalam bekas yang lain. Aku pasti ramai yang tertunggu-tunggu, bukan apa senang nak ambil hati mak mertua kan dan stress free kerana semua jadi lebih mudah!

Tapi kan mesti korang tertanya-tanya, apa yang membuatkan produk baru dalam botol Mak Siti ni lain daripada yang lain? 

Ha, meyh sini aku habaqmai. Selama ni tak pernah lagi aku dengar orang keluarkan produk seperti Daun Limau Purut flakes dan Serbuk Daun Limau Purut dalam market ni. Lagi satu, semua produk ni menggunakan bahan 'al naturale' dan harga pun sangat berpatutan. 

Ada serbuk kayu manis, lada hitam, cili, halia, daun limau purut dan MACAM-MACAM LAGI!
Ekslusif ni kira korang semua dapat tahu fasal produk baru Mak Siti ni, tapi sebelum tunggu produk dalam botol ni keluar, apa kata cuba rempah ratus yang ada dahulu. Aku selalu juga guna rempah Mak Siti ni especially yang untuk sup, sebab acah-acah road to diet la konon.

Kalau korang semua nak beli secara bundle ke, atau nak tahu tentang Produk Mak Siti lebih lanjut, boleh hubungi kakitangan Mak Siti di maklumat di bawah. Lepas ni boleh la share resepi-resepi korang menggunakan produk Mak Siti ni kan? 

REMPAH RATUS MAK SITI

Alamat: 
Nasuha Enterprise Sdn. Bhd, 
Ladang Rempah Ratus & Herba, 
Batu 12, Jalan Muar-Pagoh, 84500 Muar, Johor, Malaysia.

Tel:
+606-9737508 / 509

Whatsapp: 
017 330 9330

Website & Social Media Rempah Ratus Mak Siti:
Website | Facebook | Instagram

Lepas ni kita cuba masak sup soto la pulak!
Thank you for spending your time reading my blog! It mean so much to me. Before that, don't forget to SUBSCRIBE to my email list on top of the page, to be the first one to receive updates from me!

Post a Comment

Instagram