Friday, August 12, 2011

Too Honest, Backfired.

Honesty is one of the good deed that must have in human being, it shows the humanity site of us rather than us being like an animal.
I personally write based on my experience.
You will feel relive, positive vibe inside you when being honest.

At times, we shouldn't be too honest, otherwise it will backfire yourself.
For example, someone special cook you something, and then you taste it
but it's not good.
In this situation, if you're being too honest when a person  that too excited to heard
a positive comment from you, you have ruin it.

Sometimes it's okay if you're not being too honest.
Sometimes, you need to be honest so you didn't get into a scandal.
Like a singer, us as a human being have the right to tell about the truth.

We basically are just human being, eventually we will make mistake,
we lie, we speak harshly because we have a feeling and we would like to express it,
with our own way, it just nature.


Thursday, August 11, 2011

Tamadun

TAMADUN
Pada zaman era yang moden ini,
sudah tentu tiada lagi masyarakat yang dikenali sebagai Jahiliah.
Semua manusia kini mempunyai tamadun.
Zaman Jahiliah merupakan zaman yang paling mundur, sesat dan jahil bagi manusia pada 1500 tahun dahulu.

Tetapi lihatlah dunia sekarang,
walaupun mempunyai teknologi yang menakjubkan, ciptaan dan rekaan yang memukaukan,
di manakah sifat kemanusiaan kita?
di manakah terletaknya pendamaian kita?
Gunakanlah akal anda yang sempurna itu untuk mencari pendamaian,
bukan untuk memusnahkan kehidupan.

Inilah salah satu contohnya :

Pernah tak dengar ungkapan
'buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat'
jadi ingatlah, kita ini hanya manusia,
jasad kita akan ditarik pada bila-bila masa sahaja,
sementara kita berada di bumi yang nyata ini,
lakukanlah sesuatu yang baik, walalupun kadang-kadang dibalas jahat,
bersabarlah kerana itulah pengalaman yang akan mengajar kita kelak nanti.


Wednesday, August 10, 2011

WIRA

Dulu ianya hijau kini menjadi tanah,
Ku berbaring di atasnya sambil ditiup sang bayu,
Menikmati awan biru di langit,
Tanah yang lapang dan tenang,
Tiada lagi di pandangan mataku,

Engkaulah wira yang memusnahkan hidup ini,
Pelbagai musibah yang melanda bumi,
Hilang keindahan untuk dinikmati generasi akan datang,
Engkau hanya mencari kekayaan,
Yang tidak akan kau miliki di akhirat nanti,

Sedarlah engkau wahai wira,
Berhentilah memusnahkan keindahan ini,
Kerana kau akan terima padahnya nanti.

Minda

Di dalam mindaku terdapat pelbagai pergerakan sedang mencari ruang untuk bertenang,
Di dalam mindaku ini terdapat perlbagai rahsia yang hanya aku yang mengerti,
Di dalam mindaku tersimpannya memori pahit dan manis aku sepanjang aku hidup,
Di dalam mindaku ini juga aku dapat berfikir secara logik apabila aku inginkan jawapan,
Inilah mindaku yang berguna tidak kira ketika aku buka atau menutup mataku.

Sunday, August 07, 2011

Hati Berdetik Laju

>Hatiku berdetik laju apabila menunggu keputusan yang seterusnya, perasaan inginkan sesuatu membuak-buak dalam hatiku.
Pernah atau tidak ada perasaan inginkin sesuatu? macam itulah yang aku rasa.
Sudah tertanam dalam minda untuk menuju kejayaan tahap maksima.
Tetapi aku takut akan keadaan yang akan berlaku.
Takut semangat aku ini akan hilang tatkala aku mencapai impian.
Takut aku lupa diri dengan kejayaan yang akan aku terima.
Ah, perasaan itu akan berada di dalam setiap diri manusia ciptaan Allah SWT.
Walaubagaimanapun, aku perlu tetapkan pendirianku, berubah menjadi lebih baik, bersemangat dan bersabar dalam menempuhi dunia luar.
Ya,inilah masanya untuk aku buktikan bahawa aku boleh lakukannya.

Monday, August 01, 2011

Kejayaan

 KEJAYAAN 

Apa itu kejayaan? bagi aku kejayaan terbukti apabila aku kecapi apa yang aku idamkan. Sudah habis PLKN, macam-macam aku rancang apa yang aku nak lakukan dalam hidup aku ini.
Aku mengharapkan kejayaan di tangan aku.
Insyaallah dengan semangat, tawakal aku dapat kecapi kejayaan aku itu.
Bak kata peribahasa genggam bara api biar sampai jadi abu.



Latest Instagrams

© Curitan Aqalili. Design by FCD.