Sunday, November 15, 2015

Online Article's Review - Balkanisasi Siber: Gangguan Kepada Semangat 1 Malaysia

AMARAN: 
INI HANYA ULASAN UNTUK TUJUAN AKADEMIK.


Impak negatif sering dikaitkan dengan konsep 'balkanisasi' yang secara mudahnya membawa maksud keretakan.

Konsep ini diterangkan dengan lebih lanjut di blog suara murba bahawa "balkanisasi" atau melalui kata akarnya 'balkan', diberikan kepada fenomena di mana membenarkan khalayak atau masyarakat kita terpisah lalu membentuk koloni masing-masing. 

Contoh yang paling mudah kepada kenyataan di atas merupakan peristiwa 13 Mei. Ekoran daripada kejadian ini, negara mengalami kerugian kerana memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk membentuk kembali keamanan seperti sedia kala. Prosesnya juga memakan masa yang lama, dan perlu kesepakatan daripada setiap rakyat.

"Sebenarnya, balkanisasi media memberikan kesan yang tidak baik kepada masyarakat kerana gejala ini akan membawa kepada pemecahan atau semangat berpuak kepada masyarakat kerana perbezaan kefahaman, kepercayaan, minat dan pandangan masing-masing."

Jika kita lihat dari akarnya, setiap organisasi media mempunyai agendanya yang tersendiri dan masing-masing diletakkan dalam situasi yang tidak begitu keterbukaan dan hanya perlu memihak kepada parti yang tertentu.

Perbezaan ini menunjukkan kepelbagaian, tetapi yang memberikan kesan yang tidak baik kepada masyarakat adalah apabila mereka sengaja ingin mencari isu untuk menjatuhkan pihak yang lain sedangkan kita di bawah satu bumbung yang serupa.

SEPARUH BEBAS

"Kebebasan media baru atau Internet, daripada penapisan pihak berkuasa seperti yang diperuntukkan melalui Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, juga dengan terangnya telah membangkitkan kesan negatif terhadap keharmonian sosial di negara ini. Malah peruntukkan kekebasan tersebut telah diulang melalui Bil Jaminan Koridor Raya Multimedia."


Kenyataan daripada brilio.net bahawa 'kebebasan berinternet di Indonesia lebih baik dari Malaysia' menerangkan bahawa negara tersebut mempunyai skor yang lebih baik iaitu 42 manakala 43 bagi Malaysia. 

Lagi tinggi skor tersebut, ia akan dilabel sebagai kebebasan internet yang terburuk. Untuk keterangan lebih lanjut mengenai Malaysia, tekan disini.

Kita faham bahawa kebebasan yang diberikan kepada media baru mengangkat falsafah bahawa kerajaan mengutamakan percambahan maklumat, ilmu dan idea yang boleh membangunkan keupayaan intelek rakyat Malaysia seiring dengan bangsa lain yang sudah maju. 

Di samping itu, hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub teknologi komunikasi dan informasi di Asia Tenggara, mendesak kerajaan supaya melayani kehendak pelabur asing dalam industri berkenaan.

Jika ingin dikaitkan dengan gangguan kepada semangat 1 Malaysia, ia diambil kira tetapi kita perlu ingat bahawa terdapat faktor-faktor lain yang disumbangkan dalam mengganggu konsep 1 Malaysia ini.

DEMOKRASI 


Seperti yang kita lihat, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berpalimen dan Raja berpelembagaan. Dikatakan sesebuah Negara yang ber-demokrasi sepatutnya mendapat kebebasan menggunakan media cetak dan elektronik, tetapi ia berlaku sebaliknya. 

Ini kerana kita masih lagi tidak sesuai untuk menjalankan kebebasan media atas menjaga sensitiviti setiap kaum di Malaysia. Tetapi ini bukan peluang untuk pemimpin memonopoli media massa ini. Lebih lanjut disini. 

Demokrasi hendaklah diterima dengan cara membuka minda pengamal kepada bahan maklumat daripada pelbagai pihak, terutamanya dua pihak yang berkonflik, supaya pertimbangan wajar boleh dibuat.

KONKLUSI

Konsep 1 Malaysia masih boleh dicapai walaupun terdapat kepelbagaian etnik dan kaum di negara ini. Ia tidak mustahil tetapi terdapat limitasi terhadap sesuatu perkara, tidak semua yang kita perlu tahu dan jika kita disuntik dengan pelbagai kebenaran, cara penyampaian dan penerimaan perlu selari supaya tidak membangkitkan sesuatu yang negatif.

Saksikan paparan video di bawah, untuk ketahui lebih lanjut mengenai balkanization:




Latest Instagrams

© Curitan Aqalili. Design by FCD.