Friday, October 23, 2015

ASSIGNMENT : SIMULATION


NOTE: THIS IS ONLY FOR ACADEMIC PURPOSE
(LAKONAN SEMATA-MATA)

Mangsa : Siti Suraya Abdullah.
MAUT TERIMA TIKAMAN 'MISTERI'

SHAH ALAM -  Seorang wanita maut akibat terkena tikaman di dada ketika bergelut dengan penyerang di bangunan lama PKNS, Seksyen 15, Shah Alam awal pagi tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Vigauri A/P Valu, 18, didakwa telah memeluk agama Islam Disember tahun lalu. Nama Islamnya adalah Siti Suraya Abdullah.

Deputi Superintendan Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam, Syed Kamarul Bin Syed Amani Jamalulail Baraqba berkata mangsa ditikam di bahagian dada sebelah kiri, leher dicekik dan juga terdapat kesan pergelutan di bahagian tangan.

"Perjalanan mangsa dari tempat kerja, Port Klang ke tempat kediamannya di Damansara, diikuti oleh sebuah kenderaan yang bertindak mengejar kereta mangsa," kata beliau.

Hasil pemeriksaan ke atas mayat mangsa, turut menemui tiga cap jari di kawasan berikut dan akan disiasat dengan lebih lanjut.

"Dua rakan saya ditugaskan untuk menjaga bangunan ini. Mereka terdengar bunyi jeritan dan suara seperti sedang bergaduh telah berlaku pada pukul 4.00 pagi," kata saksi yang bekerja di bangunan itu.

"Setakat ini tiada suspek yang ditahan dan berkemungkinan suspek adalah pembunuh upahan," tambah Syed Kamarul.

Dianggarkan waktu kematian pada pukul 4.20 pagi, mangsa meninggal dunia 20 minit selepas ditikam.

Motif kes pembuhunuhan wanita ini masih dalam siasatan dan berkemungkinan ia  atas sebab kes cemburu buta atau hanya kerana wanita ini memeluk agama Islam.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk dibedah siasat.

Kereta mangsa yang berada di bangunan lama PKNS, Seksyen 15, Shah Alam

Latest Instagrams

© Curitan Aqalili. Design by FCD.