Tuesday, June 30, 2015

Membeli Belah atas Talian


Cepat, jimat wang dan tenaga, itu adalah tiga ciri bagi penggemar online shopping.

Sejak tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya menghabiskan masa saya kebanyakannya melayari internet. Pada masa itu, blogspot sangat popular dan terdapat beberapa individu yang menggunakan medium itu untuk tujuan perniagaan.

Saya juga mempunyai blogspot bernama 'Getaway Preloved' bagi menjual barangan (baju, kasut, beg dan lain-lain) yang tidak diguna pakai lagi, tetapi masih dalam keadaan yang sempurna.

Saya sangat gemar untuk membeli apa-apa barangan secara online, tetapi dahulu sebab tiada akaun bank sendiri, kena minta ibu untuk membuat transaksi. 

Saya masih lagi ada barang pertama yang saya beli, iaitu coat. Alasannya, murah dan saya menyimpan cita cita menggunakan coat itu untuk pergi ke negara yang bersalji. (angan-angan yang bakal dicapai).

Kalau diikutkan pada zaman sekarang, ia lebih mudah, sebab ada portal yang dibina, dan sistem check out dengan menggunakan kaedah shopping cart.

Bagi melakukan pembayaran pula, anda tidak perlu pergi ke bank untuk cash deposit atau pindahan. Hanya perlu menggunakan iPay88 yang kerap digunakan bagi melakukan transaksi, pelbagai pilihan bank juga memudahkan pelanggan.

Baru-baru ini saya ada cuba membeli di Zalora, yang sebenarnya merupakan pengalaman yang pertama saya. 

Barang yang diterima setimpal dengan apa yang ditayangkan di website tersebut.

Transaksi yang cepat, dan juga boleh refund atau tukar jika saiz salah. Ia mengambil sedikit masa tetapi Zalora punya servis sangat cepat dalam mengatasi pelanggan-pelanggan mereka.

Kasut dan jam di Zalora
Kedua, saya cuba membeli di Instagram. Selain berfungsi dalam berkongsi gambar seharian, Instagram juga terletaknya pelbagai usahawan menjalani perniagaan.

Pelanggan sama ada boleh hubungi melalui WhatsApp, Telegram, Direct Messages (DM) atau komen di gambar yang anda mahu.

Saya pasti, sekarang ramai pelajar serta suri rumah menggunakan Instagram untuk menjalani perniagaan.

Murah!! 4 stoking untuk RM10. Harga tidak termasuk postage.

Setakat ini, pengalaman saya dalam membeli barangan online tidak ada yang negatif, semuanya positif. Cuma ada barang yang tidak menepati saiz, contohnya kasut.

Saya nasihatkan kalau hendak membeli kasut, sila ukur dulu. 

Kalau ada refund ataupun exchange tidak mengapa, tapi kalau tidak ada? Susah juga.

Tetapi jangan risau, anda boleh menjual balik ataupun post ke akaun Facebook anda sendiri, atau join carboot sales :)

'Setiap masalah ada jalan penyelesaian'

Latest Instagrams

© Curitan Aqalili. Design by FCD.