Thursday, May 10, 2012

Keazaman setiap insan walaupun tidak sempurna


Keazaman setiap insan walaupun tidak sempurna

‘Manusia adalah sebaik-baik kejadian’ salah satu ungkapan yang selalu kita dengari.
Kekurangan manusia merupakan kelebihannya, tidak seperti haiwan yang tiada otak untuk berfikir.
Walau bagaimanapun, setiap insan mempunyai keunikannya sendiri.

Antara kegunaan-kegunaan anggota adalah seperti,
Tangan, digunakan untuk mengutip ataupun mencapai perkara yang baik.
Telinga, bagi mendengar sesuatu perkara, begitu juga dengan mata, mulut, kaki dan anggota badan yang lain.

Pernah terlintas atau tidak di fikiran kita, jika kita tidak sempurna dari segi fizikal?
Kaki lumpuh ketika tertimpa kemalangan yang dahsyat.
Buta, pekak dan kekurangan daripada segi mental.
Bagaimanakah perasaan yang akan kita alami?

Pernah atau pun tidak kita terfikir akan kesusahan yang di alami oleh teman kita yang lain?
Separuh atau seratus peratusnya kita jarang memikirkan tentang orang lain melainkan diri kita sendiri,

Jurang antara orang yang susah dengan orang yang sudah senang dengan kehidupannya jarang kita lihat pada era globalisasi ini.

Tapi, tidak mengapa kerana apabila kita asyik memandang rendah terhadap mereka,
Mereka terus berjuang untuk memiliki kehidupan seperti orang normal yang lain,

Tidak pernah sesekali, 
persepsi aku terhadap mereka rendah sebegitu kerana aku percaya setiap manusia mempunyai kelebihannya sendiri.

Aku bertambah lebih kagum dengan mereka apabila aku nampak sendiri keazaman mereka untuk menjalankan sesuatu aktiviti.

Tentu mereka takut dengan cabaran tersebut pada mulanya, 
tapi untuk membina diri mereka dan membuktikan yang mereka adalah seperti yang lain,
Mereka meneruskan perjuangan mereka tanpa henti.

Seronok melihat dunia ketika dunia mahu kita membuka mata kita sendiri.
Dunia ini masih indah jika kita membuka hati kita untuk menerima dan menyokong bagi siapa yang memerlukannya.

2 comments

Latest Instagrams

© Curitan Aqalili. Design by FCD.