Wednesday, April 04, 2012

Transformasi

Assalammualaikum dan Hello Superhuman!

Kalau aku diberi peluang untuk kembali ke masa lampau,
aku akan menolak semahu-mahunya
kerana dari situla kita mampu belajar sesuatu.

Usah aku cerita lama yang agak kolot buat masa sekarang.
Apa yang kita lakukan dahulu boleh dimaafkan jika kita belajar untuk memaafi dan menginsafinya.
Kalau perkara sebegitu susah utnuk dilakukan maka tiada transformasi yang akan membawa impak besar ke dalam diri sendiri.

Inilah transformasi yang aku kecapi setakat ini,
walaupun hanya untuk dirasai sementara,
tapi cukup sudah bagiku untuk merasai kemanisannya.

Kita lihat daripada perkspektif yang kita senang lihat iaitu negara kita Malaysia
Walaupun permainan politik yang negatif lebih banyak daripada positifnya,
sekurang-kurangnya kerajaan memberi kita kesenangan dan masyarakat majmuk yang mampu bersatu-padu ini. Perkara sebegini agak sukar untuk dilakukan tetapi jika kita terbuka kepada perubahan, apa-apa pun mustahil.

Yang kita perlu lakukan sekarang adalah memantapkan tranformasi yang sedia-ada,
'Kurangkan kontroversi, perbanyakkan perkara yang penting, hindari kejahatan, kecapi impian dan saling bantu-membantu antara satu sama lain'
Agak sukar untuk dilakukan? itu saya akui, tapi tiada yang lebih mustahil daripada melakukan perbaikan yang positif.
Post a Comment

Latest Instagrams

© Curitan Aqalili. Design by FCD.