Monday, April 23, 2012

Merungut

MERUNGUT

Assalammualaikum dan hello superhuman!

Tajuk di atas merupakan sifat aku yang aku dapat lihat kebelakangan ini.
Merungut bagi aku boleh di samakan dengan tidak bersyukur dengan nikmat Allah.
Jadi, alangkah baiknya kalau aku ada sifat peribadi yang murni.

Manusia ni selalu buat kesilapan tapi ini hanya alasan, 
Kesilapan tidak akan diulangi jika kita sudah faham dan ada sifat ingin berubah.

Antara rungutan yang aku selalu buat adalah:

1. Aku dah dapat lesen, tapi tak boleh bawa kereta. Ishh, tension la.
2. Berat dah naik, macammana ni? Nak ajak kawan berjoging tak ada pula. Tak best la kalau macam ni.

 Bila aku dah selalu merungut fasal benda yang sama.
Aku sedar tak ada apa-apa pun yang berlaku bila aku merungut.
Tak ada pula aku boleh bawa kereta lagi, tak pula berat badan aku turun.

Apakah yang boleh kita lakukan untuk berhenti merungut?

USAHA.
Usaha takkan mula dengan diri anda dan sokongan padu daripada orang lain.
Ingatlah, kita perlukan orang untuk sokong kita dan begitu juga dengan orang lain.
Tapi ia bermula daripada diri kita sendiri.

"Orang yang rajin, akan capai impian yang ingin mereka kecapi"

Post a Comment

Latest Instagrams

© Curitan Aqalili. Design by FCD.