Tuesday, February 28, 2012

Perjuangan perlu diteruskan

Assalammualaikum dan Hello superhuman!

Sekadar menambahkan post dekat blog ini.
Tengok tajuk macam serius tapi tidaklah seberapa sebenarnya.
Aku tutup dan buka mata hari-hari,
hampir 5 bulan aku di UiTM Lendu ini.

Banyak sangat perjuangan yang aku nak ceritakan.
Tapi biarlah aku ceritakan serba sedikit.
Event yang aku pergi baru-baru ini sangat bermakna.

Kerana apa?
kerana aku menjadi ADHOC untuk menolong senior Part 6 pelajar Komunikasi dan Pengajian Media ini.
Tidak seberapa dan itu sahaja sekadar yang aku mampu membantu mereka.

Akhir acara, mereka memesan agar perjuangan kami masih panjang lagi dan diminta untuk teruskan usaha.
Insyaallah.
Aku dan rakan-rakan di I.C.E
Keduanya, aku dan beberapa rakan aku memasuki pertandingan akustik sempena 
Citrawarna di Kampus kami.
Ya Allah, penatnya badan aku ketika ini, keesokan harinya aku kena 
mengeluarkan suara untuk dikir barat pula.

Qa-lisha on fire menjadi kenangan.
Seterusnya, aku menjumpai keluargaku di UiTM iaitu Kelab Inspirasi. Kenangan terindah ketika kami 'join' family day di Kuala Kelemang ini.

Kelab Inspirasi
Nak diikutkan banyak lagi event yang aku cuba ceburi di Semester satu ini. Rezeki masing-masing dan aku belajar yang pengalaman itu perlu dicari dengan usaha. sekian sahaja kali ini, moga-moga gambar akhir ini akan memberikan penutupan 'post' yang hebat. 

Assalammualaikum


Latest Instagrams

© Curitan Aqalili. Design by FCD.