Wednesday, January 04, 2012

Inilah persoalan yang sedang berlegar-legar di fikiran sekarang.
Assalammualaikum super human semua!
Ketika ini aku sedang khusyuk menaip luahan isi hati aku yang agak kelam kabut ini.

Banyak persoalan yang berada di minda seperti :

Kenapa tiba-tiba aku suka mengata orang ?
Kenapa aku jadi orang lain ketika bersama dengan rakanku di sini?
Kenapa aku rasa tidak gembira sangat berada di sini (dengan persekitarannya )?
Kenapa aku rasa semuanya negatif?

Jawapan yang aku dapat adalah 0.

Tetapi aku ada huraikan satu jawapan buat diriku.
Dunia ini sangat kejam.
Di mana ada kebaikan, di situ ada kejahatan.
Jika kita berlaku baik sepanjang masa kita akan kecundang.

Bukan maksud aku untuk membuat jahat walaupun orang berbuat baik terhadap kita.
Bukan itu maksudku. Maksudku kita kena pandai berfikir tentang keadaan sekeliling kita.
Mana la tahu, kawan yang dipercayai akhirnya membuat engkau jatuh.

Contohnya, mungkin manusia seperti aku, mengata orang sana-sini.
Mana la tahu pada suatu hari nanti aku akan ditimpa bala.
kan Allah murka orang yang mengata orang.

Mungkin-oh-mungkin.

Jadi, bagaimanakah kesudahannya?
bertaubat dan berubah la aku, Insyaallah.
Post a Comment

Latest Instagrams

© Curitan Aqalili. Design by FCD.