Monday, October 24, 2011

Jalan TAR

Assalammualaikum dan selamat sejahtera, hari ni saya nak cerita sedikit fasal diri saya pula la ye.

Pengalaman saya di Jalan Tar, bukan Tar Jalan, tetapi Jalan Tunku Abdul Rahman.
Anda tidak tahu di mana Jalan TAR? oh tidak! :o
Jalan Tuanku Abdul Rahman boleh didapati berdekatan dengan SOGO dan Maju Junction.
Apa itu SOGO? oh tidak! bolehlah anda Google dan cari di Google Maps.
Harap Maklum.

Kembali pada topik utama. Maklumlah 16/11 aku akan memasuki UiTM Melaka,
aku pun membeli-belah di Jalan TAR ni pada hari Sabtu.
Dengan siapa? Siapa lagi kalau dengan ibu bapa ku yang tersayang.

Pencarian utama di Jalan TAR ialah Jubah.
Mula-mula letak kereta dekat depan Balai Polis,
kemudian masuk la kami ke dalam pasar malam Jalan TAR.

Keadaan dia seperti ini :

tetapi orang yang tengah menyanyi tu tak ada lah.
Maklumlah hari raya sudah habis.

Punya la berjam-jam nak cari jubah aku tu,
tapi ada tersasar sikit dari pencarian utama itu.
Biasalah, rambang mata, apa yang nak boleh dibuat.

Tapi , Dup..dap..dip..dup ..
Alhamdulillah dapat juga aku cari jubah saiz aku.
Terima kasih kepada ayahku kerana menjadi sponsor kepada aktiviti membeli-belah kali ini.

Nak buat macammana, anak perempuan tunggal kan :D

Sebelum saya tamatkan blog 'post' saya kali ini,
ada juga pengajaran yang saya dapat ketika membeli-belah.

Pengajarannya adalah Kawal Nafsu Belanja Anda.

Sekian terima kasih.

Ku ketahui kebenaran di akhirnya on http://riangplkn.blogspot.com/
Free Postage on http://getawaypreloved.blogspot.com/

Latest Instagrams

© Curitan Aqalili. Design by FCD.