Wednesday, October 19, 2011

Cerita Telefon Bimbit

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua,
Eit, aku sudah rajin update blog la pula? dengan itu marilah dengar kisah telefon bimbitku.




1. Panasonic A100 : 
Aku dapat telefon bimbit ini masa darjah 6. Dikatakan telefon tersebut sangat popular pada tahun 2005. Telefon inilah merupakan telefon pertama aku. Tapi selepas telefon ini dah rosak, akibat jatuh sekali sahaja dan bila orang telefon tak dengar suara. Aku pun buat muka comel dekat ayah aku untuk minta tukar telefon.

2. Panasonic 6103 : 
Masa tingkatan 1 ke berapa, aku sangat meminati telefon jenis 'flip'. Jadi aku beli la telefon ini, tapi tidak bertahan lama sebab keganasan aku terhadap sesuatu benda. Handphone ni memang sudah rosak la. 'Flip' nya pun longgar habis, boleh buat main lagi. Ha, aku ada satu cerita yang aku ingat berkenaan telefon ini. Masa tu aku mengikuti satu perkhemahan, dah la masa tu hujan. Dengan sengajanya, aku keluarkan telefon yang sudah rosak tu, biar dia terkena air. Motifnya, supaya aku dapat telefon baru cepat.

3. LG KS360
Inilah telefon yang paling lama aku pernah guna. Telefon ni banyak berkhidmat terhadapku. Bukan apa, berguna gila telefon ini, boleh 'sms', 'call', tangkap gambar, MP3 dan lain-lain. Senang cerita aku puas gunakan telefon ni, sampai satu masa ni, telefon ni buat masalah dengan aku. Agaknya merajuk sebab sekejap on sekejap off, beralih la aku ke telefon seterusnya.

4. Sony Ericsson K810i

Telefon ni merupakan telefon lama ayah aku. Secara ringkasnya, ayah aku beli telefon baru dan aku pun pakai la telefon ni, sementara beli telefon baru. Tetapi, telefon ni buat hal juga dengan aku, sekejap 'on' sekejap 'off'. Memang menyakitkan hati aku. Disebabkan telefon ni merajuk dengan aku lagi, aku pun beli la 'Nokia 1280' dengan menggunakan duit aku sendiri.

5. Blackberry Bold 3

Aku dapat blackberry ni pada tahun 2011, iaitu tahun sekarang la kan. Lama juga aku tunggu nak dapatkan telefon ni. Ayah aku belikan sempena hadiah SPM. Tapi aku dh tak guna sudah sekarang ni, aku bagi adik aku sebab dia nak sangat menggunakan BB. Lagipun aku tak rasa puas dengan menggunakan telefon ni, disebabkan pemberian orang. Kata orang kalau beli sesuatu dengan menggunakan duit sendiri, baru kita pandai menghargainya sendiri.

6. Nokia 1280

Sekarang aku guna telefon ni. Bagi aku telefon ni la sangat elok. Jatuh berapa kali pun masih boleh guna lagi. Lagipun aku nak masuk Universiti, Insyaallah aku tak mengalami situasi kehilangan telefon bimbit di sana.

Panjang juga cerita telefon bimbit aku ni kan, rasanya boleh terbitkan buku ni. (perasan). Sebelum menutup tirai 'post' ni. Aku hendak beritahu la, aku bukan seorang yang kaya yang sengaja sahaja mahu menukar penggunaan telefon bimbit aku.

Aku adalah seorang yang ganas dalam menggunakan sesuatu benda, dipendekkan cerita telefon yang aku guna semua senang rosak.

Jadi sekarang, aku sedang mengumpul duit untuk beli telefon bimbit baru. Kali ni Insyaallah kalau ada rezeki, aku beli sepenuhnya dengan duit simpanan aku. Kalau tidak, aku minta ibu bapa aku 'top up' kan sikit duit.

Telefon yang aku idamkan sekarang ialah sama ada HTC Cha Cha ataupun Blackberry Bold 4. BB 4 tu kasi dia turun harga betul-betul baru aku beli.

Dengan ini, sekian sahaja post kali ini. Oh, pengajaran bagi 'post' kali ini ialah HARGAILAH HARTA BENDA ANDA.

Assalammualaikum.

Wordless Wednesday on http://riangplkn.blogspot.com/
Free Postage on http://getawaypreloved.blogspot.com/

Post a Comment

Latest Instagrams

© Curitan Aqalili. Design by FCD.