Wednesday, August 10, 2011

WIRA

Dulu ianya hijau kini menjadi tanah,
Ku berbaring di atasnya sambil ditiup sang bayu,
Menikmati awan biru di langit,
Tanah yang lapang dan tenang,
Tiada lagi di pandangan mataku,

Engkaulah wira yang memusnahkan hidup ini,
Pelbagai musibah yang melanda bumi,
Hilang keindahan untuk dinikmati generasi akan datang,
Engkau hanya mencari kekayaan,
Yang tidak akan kau miliki di akhirat nanti,

Sedarlah engkau wahai wira,
Berhentilah memusnahkan keindahan ini,
Kerana kau akan terima padahnya nanti.

Post a Comment

Latest Instagrams

© Curitan Aqalili. Design by FCD.