Thursday, August 11, 2011

Tamadun

TAMADUN
Pada zaman era yang moden ini,
sudah tentu tiada lagi masyarakat yang dikenali sebagai Jahiliah.
Semua manusia kini mempunyai tamadun.
Zaman Jahiliah merupakan zaman yang paling mundur, sesat dan jahil bagi manusia pada 1500 tahun dahulu.

Tetapi lihatlah dunia sekarang,
walaupun mempunyai teknologi yang menakjubkan, ciptaan dan rekaan yang memukaukan,
di manakah sifat kemanusiaan kita?
di manakah terletaknya pendamaian kita?
Gunakanlah akal anda yang sempurna itu untuk mencari pendamaian,
bukan untuk memusnahkan kehidupan.

Inilah salah satu contohnya :

Pernah tak dengar ungkapan
'buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat'
jadi ingatlah, kita ini hanya manusia,
jasad kita akan ditarik pada bila-bila masa sahaja,
sementara kita berada di bumi yang nyata ini,
lakukanlah sesuatu yang baik, walalupun kadang-kadang dibalas jahat,
bersabarlah kerana itulah pengalaman yang akan mengajar kita kelak nanti.


Latest Instagrams

© Curitan Aqalili. Design by FCD.