Friday, April 29, 2011

Ilham

Tepat pada jam 2:19 pagi bertarikhkan 29th April 2011 habislah muka surat terakhir buku Ilham oleh Izan Ali.

Sinopsis:
Ilham mengimbau kembali kenangan lamanya ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya. Dia merupakan seorang budak yang comot, hitam dan gemuk ketika sekolah dulu. Adalah perkara normal untuk remaja mempunyai perasaan suka terhadap seseorang. Ilham tak pernah putus asa. Ilham tak pernah berhenti mencuba. Ilham sentiasa tahu bahawa satu hari nanti dia pasti akan mengukir senyum. Oleh itu, dia bertekad untuk mengubah semuanya. Tetapi, dapatkah dia mengubah nasibnya yang selalu dipersendakan oleh orang lain? Ikutilah kisah Ilham.
*****************************************************************************
Ilham,
     Saya hargai awak bagi surat kat saya. Tapi saya agak pelik kenapa awak nak sangat berkenalan dengan saya. Lagipun kalau saya nak cari boyfriend, mestilah saya nak cari orang yang hensem. Perut pun tak ke depan macam perut awak. Rambut pun tak selekeh macam rambut awak.
     Awak ingat, dengan muka awak yang macam tu, saya terpikat ke nak berkenalan dengan awak? Saya rasa, baik awak buang dulu mana-mana lemak yang terlebih tu. Pastu, beli dulu Fair n Lovely banyak-banyak.
     Saya malas nak tulis panjang-panjang. Awak fikirlah sendiri ye...

                                                                                               Yati 
_____________________________________________________________________

Dengan rekaan buku kulit yang cukup hebat. Kandungan di dalam buku ini juga dapat menarik perhatian saya, justeru membuatkan saya membaca buku ini dari kulit bukunya hingga ke kulit buku yang belakang sekali ( erghh, tidaklah drastik macam ni ). Apa-apa pun saya sangat berpuas hati dengan pembelian saya di Pesta Buku pada hari Sabtu lepas. Moga-moga kak Izan Ali membuahkan satu lagi novel yang akan mengagumkan pelusuk bumi ini. Sekian...


P/S : Laburkanlah duit anda terhadap buku. kemungkinan dengan pembelian buku anda dapat belajar sesuatu daripadanya.
Post a Comment

Latest Instagrams

© Curitan Aqalili. Design by FCD.