Thursday, March 24, 2011

Cabaran RM 2 dan etc . . .


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Wa,nampak tak tajuk di atas tu . . . Banyak sangat cerita ni. Mari sini duduk, terpacakkan diri anda depan laptop dan terbeliakkan mata anda.                                                                                                           (kalau la korang ikut arahan ni, memang _ _ _ _ la.) 
Alright, cerita pertama. Bertarikhkan 23/3/2011 bersamaan 17 Rabiul-Awal 1432, hari Rabu. Masa ni la calon SPM 2010, nervous nak bangun pagi dan menjejakkan kaki ke sekolah yang tersayang. Disebabkan aku tiada lagi lesen kereta jadi naik bas la aku, Oh rapidku yang tersayang. Bila aku dah sampai je sekolah, aku pun dengan senyuman yang lebar dan manisnye, aku tengok la slip keputusan aku. 
Pertama sekali aku tengok ade fail tak, kemudian berapa A aku dapat dan seterusnya. Aku tak rasa apa-apa pun cuma bersyukur yang aku dapat keputusan macam tu, sebab masa dulu aku dapat keputusan lagi teruk daripada tu korang tau tak. ALHAMDULILLAH.
Ok, cerita kedua fasal CABARAN RM 2. Yang ini bagi perhatian sedikit ya. Setakat ni, sudah 4 hari aku sahut cabaran RM 2 ni. Jom, nak show off sikit ni. Sila tengok gambar di bawah ni ya!
Sebenarnya, yang aku nak tunjukkan di sini ialah kalau kita ada tabung yang comel dan kiut-miut (eit, same makne je kan?) mungkin perkara itu akan menaikkan semangat menabung di dalam diri kita. Setiap benda yang kita lakukan, mesti ada alasan kenapa kita suka sangat buat benda tersebut. Betul atau tidak? (Cakap je betul)
Konklusinya, marilah kita sahut cabaran RM 2 ni. Aku sudah 4 hari sahut cabaran ni dan insyaallah dalam tempoh satu tahun akan terkumpul banyaklah 'RM' aku. AMIN, dan aku akan laburkan 'RM' ni di dalam aktiviti yang berfaedah.
Agaknya, setakat sini sahajalah post saya kali ini. Bertemu lagi! :))
P/S : Warna-warni post kali ni. WAH!
XXDORKXX

Latest Instagrams

© Curitan Aqalili. Design by FCD.